Interview Experience Part 1: UPNM (2019)

so assalamualaikum, actually i want to share with you all my interview experience at UPNM. hope you guys can gain knowledge based on what i wanna share about :)

first of all, some of you might not know if you want to enter UPNM as a cadet officer, you kena isi UPNM as your first choice dekat upu. but cadet officer cuma untuk pelajar asasi je.  dekat UPNM ada dua kategori pelajar act, one is pegawai kadet and the other one is pelajar awam. kalau nak jadi pegawai kadet tu, you ada latihan ketenteraan. dekat situ dia akan uji your mental & physical strength. jadual rutin harian tak payah cakap la, memang padat. kalau pelajar awam pulak, dia sama je mcm pelajar universiti lain. tapi kena join PALAPES (if im not mistaken?) if you wanna know abt cadet officer/palapes dengan lebih mendalam, you search je dekat google okay hehehe.

tapi antara kelebihan if you jadi pegawai kadet is dia bagi gaji start dari tahun degree. banyak jugak tau, tambah tolak RM1500 jugak tau. tahun you asasi dapat elaun setiap semester. makan minum semua ditanggung ye uolls.

12 APRIL 2019 (1:15 PM)
aku dapat message, "TAHNIAH! anda berjaya untuk ke temuduga UPNM bagi sesi 2019/2020"

bila dapat message tu, ofcos la kan happy, excited semua ada. then, aku check dekat website dia pulak. aku dapat iv untuk asasi pengurusan dan strategi. tempat iv dkt UPNM, kem sungai besi KL. tarikh tak ingat la 20 April kot? hahaha maafla iolls dah nyanyuk.

kira kira ada masa 8/9 hari before hari interview tu. waktu tu la baru nak start jogging apa semua. pastu kena buat medical checkup. ha med checkup ni kena guna banyak duit tau, sebab dia nak xray, ujian darah apa semua. kenapa aku cakap kena guna banyak duit? sebab blood test takleh buat dekat kerajaan bcs it will take a long time, nurse kt situ cakap lebih kurang sebulan. lama siot. then aku pun pergi la kpj, you tahu tak kat situ en blood test ambik masa 4 jam je. pagi pergi checkup, petang dah boleh ambik. tapi mahal la, RM200 something. haih redho jela en.

20 APRIL 2019 
okay kena mendaftar dkt sana pukul 8 tau. aku sampai lebih kurang pukul 8:30, waktu tu mmg ramai gila dah sampai siap beratur lagi untuk medical checkup fasa 1. rasanya lebih 400 orang, memang ramai gila.  waktu pendaftaran ni, perempuan kena pakai baju kurung dgn kasut hitam bertumit, lelaki kena pakai baju kemeja putih, dengan seluar slack.

waktu sampai tu, first thing korang kena buat is check document yang diperlukan, ikut je checklist yang dia ada tampal atas meja. jangan ada yang tertinggal okay. salinan document dengan pengesahan semua pastikan lengkap. okay dah settle semua tu, then beratur dekat luar dewan. nanti dia bagi korang masuk dewan tapi bagi sikit sikit jela. waktu ni aku dah berdebar teruk dah sbb yang datang awal yang dah siap check tinggi berat mata semua, ramai gila weh yang dah balik. ada yang menangis lagi haih srs cuak gila.

masuk dewan tu, dia check tinggi dengan berat. berat minimum, 45kg kalau taksilap. tinggi minimum 157. siapa yang taklepas dia memang takbagi chance dah. pastu check tekanan darah and check mata pulak, siapa yang pakai spec memang taklepas weh aku berani jamin. tapi kalau rabun kau sikit sikit je takpela, ni yang mmg power tinggi mmg taklepas ah. tapi waktu iv aku ni, ada yang rabun sikit tapi pakai lens yang colourless dia lepas je. so you pandai pandai la ye cari inisiatif sendiri.

dah siap semua, nanti dia bagi masa 10minit suruh tukar baju putih dengan tudung hitam (perempuan). aku nasihatkan yang perempuan ni, korang jangan ngada ngada la nak pakai shawl ke bawal ke, pakai je tudung sarung hitam tu, settle. then, naik bas dia hantar pergi makan, solat apa semua pastu pergi klinik gigi. check mcm biasa je takde apa pun.

next, baru masuk klinik kesihatan. station 1, check flat foot ke tak. korang kena celup kaki dalam air lepastu letak atas surat khabar. wktu checkup sekali dgn aku tu, ada la sorang laki ni taklepas sbb flatfoot. then, station 2 buat urine test nak tengok kome mengandung ke tak (bagi yang perempuan).

station 3 pulak, dia panggil 10 orang masuk sekali. doktor tu suruh korang naked je. hahaha kalau yang malu sangat tu jangan over sangat, kang dia suruh balik je. aku takpasti kalau lelaki dia check apa je. tapi aku tau dia nak check buasir. and oh ya, siapa ada parut pun taklepas weh. kawan aku taklepas sbb ada parut je.

lepastu, station 4 ada check telinga korang ada nanah ke tak. AKU NASIHATKAN KORANG KOREK TELINGA BERSIH BERSIH YE ANAK ANAK.  sebab ada yang taklepas sbb taik telinga penuh sangat huhu sedih. station last sekali, doc review balik xray korang. yang balik tulang belakang bengkok semua mmg taklepas. checkup ni memang lama gila weh, lebih kurang 6/7 jam jugak kitaorg dkt dalam tu. yela sbb ramai gila kan. yang mana tak lepas semua kena balik terus. lepas habis semua, kena pegi dewan sbb nak bahagi bilik apa semua. yang buat aku sedih nya, ada jugak parents yang tunggu sampai malam weh. so korang buat la yang terbaik ye hehehe.

BERSAMBUNG......

Comments

  1. Hai! Dia check tangan jugaa ka??

    ReplyDelete
  2. nak tanya saya lepasan spm.. mana lagi better join tentera dulu then sambung belajar sambil kerja or masuk upnm.. sebab saya ade baca 2 3 blog kata kalau lepasan spm apply upu kalau dpt masuk kita akan jadi pelajar kadet.. saya nak pergi ke tentera udara.. takut tak boleh pilih nak masuk tentera mana.. saya dh buat kemas kini kat upu untuk course diploma pentadbiran perniagaan & diploma pengurusan logistic.. saya jugak dh apply join tentera udara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk jadi kadet perlu masuk asasi,penilaian pengambilan pegawai kadet tahun pertama ijazah tertakluk kepada cawangan angkatan tentera

      Delete
  3. Assalam..Sy lepasan stpm..sy nk tanya kalau rayuan upu pihak upnm dia perlu interview juga x? Sy xtaw nk rujuk sapa dah ni

    ReplyDelete
  4. Alaa .. Parut macam mana tu parut pembedahan ke .. Nak tanya klau iv ni boleh ke pakai subang(bukan emas) atau seeloknya buka

    ReplyDelete
  5. salam sis. saya ada parut kena zip beg. lepas tak agak2. pendek je parutnye.

    ReplyDelete
  6. Berapa tahun kalu jadi p.kadet belajar kat upnm ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau degree based on tahun pengajian x silap

      Delete
  7. kalau ada eczema lepas ke temu duga ?

    ReplyDelete
  8. sis , yang time temuduga kan selalunya dia tnya apa ya ?? kena study about apa ya hmm saya pun cm sis only 6 days left now and yet i still didnt know to study bout what plss help mee

    ReplyDelete
  9. Hi sis, kalau pelajar awam pun mesti tinggi 157+ (p) and buat medical checkup dll ke?

    ReplyDelete

Post a Comment